Bahan basah:
500 g isi ayam dipotong kecil
300 g udang dibuang kulit
200 g sotong dipotong lebar
100 g fishball
100 g bunga kobis/brokoli
100 g jagung muda
100 g lobak merah
50 g cendawan tiram
4 biji tomato dibelah empat
1 labu bawang besar dibelah enam
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bahan stok:
kulit udang direbus dlm 1 cwn air - dikisar halus
1 sudu besar udang kering -dikisar halus
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang merah -dikisar halus
5 batang serai -diketuk
5 ulas bawang putih -diketuk
1 inci lengkuas -diketuk
5-10 tangkai cili padi -diketuk
5 helai daun limau purut
3-5 biji limau nipis
3 Liter air
2 sudu besar minyak masak
Tumis cili giling, sos tiram, udang kering dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan air rebusan kulit udang yang ditapis. Masukkan isi ayam dan renihkan selama 5 minit. Tambahkan air bersama serai, bawang putih, lengkuas, daun limau purut dan cili padi. Didihkan sehingga ayam empuk. Kemudian masukkan udang, sotong, fishball, bawang besar, bunga kobis, jagung muda dan lobak merah. Selepas 5 minit, masukkan cendawan, tomato dan perahan air limau nipis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Taburkan daun sup dan daun bawang untuk dihidang.. yummy
Note: Rasa masam dan pedas boleh diubah mengikut citarasa. Udang dan sotong tidak boleh dimasak terlalu lama bagi mengekalkan rasa manis dan lembut.
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment